i. Proses mendekod
Proses mendekod ini merupakan proses yang paling suka dikuasai kerana tidak ada sesuatu sistem yang tekal dalam menyebut bunyi-bunyi fonologi dalam bahasa tersebut. Maka proses mendekod ini dilaksanakan dengan cara menghafal dan mengingat setiap patah kata atau suku kata yang terdapat dalam bahasa tersebut.
Hubungan antara membaca dan mendengar sememangnya ada perkaitan yang rapat. Hal yang demikian bermaksud ketika membaca seseorang seolah-olah mendengar penulis teks bercakap dengannya. Di samping itu, pembaca yang baik ialah seorang pendengar yang baik juga, kerana kedua-duanya berkaitan bagaimana maklumat disampaikan kepada seseorang menerusi media lisan atau tulisan.
Hal ini amat berkait dengan isu kod fonologi. Isu pertama ialah penggunaan kod fonologi dalam ingatan jangka pendek, iaitu selama mana atau sejauh mana kod fonologi boleh kekal dalam ingatan seseorang ketika membaca lantang.
Pembaca yang berkemahiran tidak menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna. Hanya pembaca yang agak lemah akan cuba menggunakan kod fonologi unutuk meneka makna perkataan, sekurang-kurangnya mereka menggerakkan bibir untuk meneka makna dalam petikan yang dibaca. Pembaca yang mahir akan menggunakan kod fonologi bagi memperolehi makna perkataan yang agk sukar dan membantu mereka dalam ingatan jangka pendek.
“Sayamembacapadawaktusemuaorangtelahtidur”
Bagi pembaca yang mahir, pemenggalan kepada setiap sukukata akan menyebabkan halangan dalam membentuk makna. Tetapi bagi pembaca yang lemah, mereka akan mencantumkan setiap huruf, setiap suku kata dan setiap perkataan bagi membina makna secar keseluruhan.
ii. Analisis miskiu
Dijalankan bagi memahami teks yang dibaca. Dalam kajian yang dijalankan, pembaca amat bergantung kepada keupayaannya unutk membuat terkaan terhadap makna berlandaskan perbendaharaan kata yang terdapat dalam kamus pemikirannya.
iii. Retrospektif Analisis Miskiu (RAM)
Mula digunakan oleh Kenneth dan Yetta Goodman (1970) bagi memahami mengapa seseorang pembaca menukar perkataan “automobile” kepada “car” atau perkataan “house” kepada “horse” dan sebagainya. Bagi mereka, membaca merupakan proses transaksi antara bahasa dan pemikiran pembaca dengan bahasa dan pemikiran penulis. Proses ini bukanlah proses mudah dan bebas daripada kesilapan. Pembaca yang kurang berkeupayaan akan mempelajari kemahiran kemahiran membaca menerusi kesilapan ini.
No comments:
Post a Comment