PENTAKSIRAN MEMBACA

Berdasarkan tujuan dan pelbagai objektif pentaksiran, ia boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu :
i.                Pentaksiran Sumatif. Pentaksiran Sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesuatu kursus atau projek.Dalam pendidikan, pentaksiran sumatif digunakan unutk memberikan gred kursus yang diambil kepada murid.

ii.         Pentaksiran Formatif. Pentaksiran formatif buasanya diberikan kepada murid sepanjang sesuatu kursus atau projek. Pentaksiran formatif juga merujuk kepada pentaksiran pembelajaran, iaitu sebagai salah satu strategi membantu murid belajar. Dalam pendidikan, pentaksiran formatif ini mungkin berlaku kepada guru atau murid, memberikan maklum balas terhadap kerja murid, dan tidak semestinya dengan memberikan gred kerana tujuan pentaksiran jenis ini bukan untuk membandingkan pencapaian murid. Robert Stake memberikan analogi tentang perbezaan pentaksiran formatif dan sumatif dengan:
“ When the cook tastes the soup, that’s formatif. When the guests taste the soup, that’s summative.”
iii.         Pentaksiran Berasaskan Prestasi. Pentaksiran kategori ini sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan pencapaian. Biasanya ia berkait dengan pentaksiran berasaskan standard yang menggunakan tindak balas yang bebas berasaskan soalan-soalan yang standard. Tugasan yang diberikan itu didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta, penghasilan atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Prestasi murid di ukur daripada produk yang dihasilkan seperti mengecat, portfolio, pameran, atau kemungkinan sesuatu persembahan seperti ucapan, kemahiran atlit, muzik dan membaca.


iv.              Pentaksiran Internal dan Eksternal. Pentaksiran Internal ditentukan dan disemak oleh sekolah (guru). Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat. Pentaksiran eksternal pula ditentukanoleh sesuatu badan atau sindiket seperti Majlis Peperiksaan Malaysia. Kertas pentaksiran ditandakan oleh pakar dari luar. Murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja dan mereka tidak dimaklumkan tentang kelemahan mereka.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
-Pentaksiran berasaskan sekolah ialah pentaksiran yang dilakukan oleh guru  semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berlangsung.
-PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik.
-Sebagai panduan pelaksanaan PBS, guru perlu akur dengan beberapa ciri PBS seperti yang berikut:
i. Pentaksiran jenis ini melibatkan guru dari awal hingga akhir pengajaran: dari merancang pentaksiran pembelajaran, mengenal pasti dan membina tugasan/alat pentaksiran yang sesuai, memantau pelaksanaan, dan mentaksir kerja murid.
ii. Mengumpulkan seberapa banyak sampel tentang perkembangan murid dalam jangka masa yang ditetapkan .
iii. Pentaksiran ini boleh diadaptasi dan diubahsuai oleh guru untuk menyelaraskannya dengan matlamat pembelajaran bagi sesebuah kelas dan murid yang hendak ditaksir.
iv. Pentaksiaran ini berlaku dalam kelas biasa.
v. Ia dilakukan oleh guru yang mengajar murid berkenaan.
vi. Dalam proses pentaksiran, murid menjadi lebih aktif terutama jika guru melakukan pentaksiran sendiri atau rakan sebaya.
vii. Pentaksiran ini memberi peluang kepada guru memberikan maklum balas secara membina (constructive) kepada murid dengan serta-merta.
viii. Ia menggalakkan penilaian berterusan dan melaraskan program pengajaran dan pembelajaran.

ix. Pentaksiran ini menjadi pelengkap kepada bentuk-bentuk pentaksiran yang lain, termasuk peperiksaan umum seperti UPSR, PMR, dan SPM.
PENTAKSIRAN FORMAL.
     Pentaksiran formal biasanya dilakukan secara bertulis seperti ujian, kuiz dan esei . Matlamatnya adalah untuk menilai kemajuan murid dalam satu-satu jangka masa pengajaran. Contohnya, Cikgu A bercadang menilai  perkembangan muridnya dalam menjawab soalan pemikiran aras tinggi setelah 6 minggu pengajaran. Untuk tujuan tersebut, beliau memilih sebuah teks komsas yang dimiliki muridnya dan mengarahkan muridnya membaca teks tersebut dari muka surat 1 hingga muka surat 50. Kemudian, murid tersebut dikehendaki menjawab 5 soalan aras aplikasi hingga aras menilai mengikut taksonomi Bloomm dalam masa 1 jam. Keputusan pentaksiarn ini penting kerana guru, ibu bapa dan pentadbir ingin mendapat meklumat tentang perkembangan murid dalam pembelajaran membaca. Pentaksiran jenis ini dogolongkan dalam Ujian Rujukan Norma.
PENTAKSIRAN TAK FORMAL
     Pentaksiran tak formal biasanya berlaku secara lebih bersahaja. Pentaksiran tak formal penting dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran kemahiran membaca, pentaksiran tak formal dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang kemahiran, kebolehan dan perkembangan berterusan murid tentang pencapaian membaca mereka. Terdapat sekurang-kurangnya 3 ciri yang membezakan pentaksiran tak formal dengan pentaksiran formal.
  
a. Tujuan: Pentaksiran tak formal bertujuan membimbing murid mencapai kemahiran yang disasarkan. Melalui pentaksiran ini guru dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid, memperbaiki kaedah pengajaran dan merancang program intervensi lebih awal untuk mengatasi masalah murid. Markah dan gred tidak dipentingkan dalam pentaksiran ini.

b. Pelaksanaan: Pentaksiran tak formal berlaku sepanjang masa pengajaran kemahiran membaca. Oleh sebab itu, melalui pentaksiran ini guru dapat mengikuti perkembangan pembelajaran murid.

c. Alat pengukuran: Pentaksiran formal biasanya menggunakan ujian pensil dan kertas sebagai instrumen. Dalam pentaksiran tidak formal, alat yang digunakan untuk mengukur perkembangan murid agak pelbagai dan bersesuaian dengan objektif pentaksiran tersebut.






No comments:

Post a Comment